Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Order DI sini!!!

Name:
Alamat
No H/P
Code/Item & kuantiti
others

Create a web form here

Monday 31 December 2012

Epal menjadi pilihannya..

Mula mula buat bubur nasi... konon konon nak bagi kenyang tapi....... buweerrkkk...buweerrkk... makan 2 sudu jew...mungkin rasanya tawar agaknya... buat plak kentang lenyek... buwwerrkk  buweeerrkk... jugak...  kentang tue dah cukup sedap ibu buat.. tak laa rasa tawar.. tapi xmahu jugak... takkan nak bagi nestum jugak... nestum tue macam fast food muizz ooiii...

jeng...jengggggg...






buat plak epal lenyek... makan penuh dengan selera... keesokkan hari, ibu buat lagi... habis juga... nampak nya muizz nak epal... siap sedia laa wahai ayah.. beli lah epal banyak.. memang epal macam tak kenyang.. ibu campur dengan organic oats.. bagi muizz kenyang..alhamdulillah..sihat dengan jaya nya.. nak dukung lelama, memang kena bagi kat ayah.. ayah kan nak 'tough' macam aaron aziz tue.. kena laa selalu dukung muizz yea dok???  hahaha... lari.. *harap harap ayah tak kan terbaca blog nie..*







nak buat cmne kan.. ibu & ayah memang jenis makan memilih.. so, muizz pun ikut laa.. haha..


BYE!!!

Sunday 30 December 2012

Darah Tali Pusat Bayi

Tahukah anda bahawa darah tali pusat boleh menyelamatkan anda, keluarga anda ataupun ramai orang lain? Tahukah anda ianya bernilai puluhan ribu ringgit? Malah untuk mencari darah yang “matching” dengan darah anda boleh mencecah ratusan ribu ringgit?


Apakah darah tali pusat atau biasa disebut sebagai “Stem Cells”?
Darah tali pusat (cord blood) atau disebut “placental blood” adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong.Darah di dalam tali pusat bayi anda ini adalah sumber “stem cell” yang sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.
Apakah “stem cells?
Stem Cells ialah “master cells” kerana dari “sel master” inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain. Stem cell yang ada di dalam “tali pusat” ini adalah “building blocks” kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada:
·                                 Sel Darah Merah
·                                 Sel Darah Putih
·                                 Platelets (Sel yang akan memulihkan kecederaan)
Sel stem manusia boleh diprogram untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah. Oleh itu, ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang. Terdapat dua punca utama untuk sel stem:
Sel Stem Dewasa
Ia boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).
Sel Stem Embrionik
Sel ini diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). Terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.
Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik. Kira-kira 100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak kanak.
Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:


  • ·          Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.
  • ·         Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.
  • ·          Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
  • ·         Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.
  •      Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.

So, kepada bakal bakal ibu, nanti kalau nak bersalin jangan lupa derma yea.. lagi pun kalau dok simpan pun kita nak buat ape pun darah tue kan.. daripada membazir, lebih baik menderma.. dapat banyaaaakkk pahala..




Saturday 29 December 2012

Oppa Gangnam Dress...



Good News!! Good News!!
da mcm org jual paper lama jew!!!






next week ibu akan start keluar product pertama...
bagi peminat peminat dress ala ala k-pop gitu..
boleh usha dulu dress yg akan ibu keluar kan..
murah murah jew tau...
semua dress dlm RM30 (Exclude postage)
CANTIIIIIIKKKKK.....







Tunggu  yea........
BYE!!





Thursday 27 December 2012

Bapa Binatang - Metro-




Apa kes?? agak agak laa kot yea pun rasa hangin satu badan.. biasa laa tue kalau budak menanggis.. muizz dah 6 bulan pun asyik nanggis jew.. nie baru 38 hari ko dah hilang sabar.. cuba bila anak tue nanggis ko settle dengan cara berhemah sikit.. kalau ibu dan ayah dulu, muizz asyik nanggis jew ibu ayah buat cara cmni.. 

  • dukung
- kadang kadang baby nie nak di dukung;; kalau muizz dulu nie memang salah satu cara nya.. dukung sambil bawak jln2 satu rumah.. comfrim lepas tue tido...

  • bawak jalan2 naik kereta
- baby memang suka kan air cond.. pantang naik kete memang akan lena.. tapi larat kew tiap2 malam nak bwk jln2 naik kete?? sekali sekala boleh laa kot..

  • minta perhatian
- main main dengan dia.. baby nie kan manja.. so, kena laa bagi perhatian lebih.. hargai saat saat nie.. bila anak korg tue dah besar sikit, mesti korg rindu time camni.. percaya lah..

  • ingin dibelai
- haa... time nie laa peranan seorang ibu.. jangan dok peluk ayah nya jew.. si ayah pun kena berkorban gak tau.. si ibu cuba peluk si anak erat-erat.. jangan kuat-kuat.. nanti sama kes macam kat atas plak.. muizz tak tanggung yea.. bau susu ibu tue laa penenang si kecil tau..

  • Ayat Al-Quran
- pasang Ayat-Ayat Ruqyah atau Surah al Baqarah... In Sha Allah.. Dengan izin dari Nya.. Si kecil akan tenang.. Pasang setiap malam.. jangan asyik tengok rancangan realiti jew..


Pengalaman Kelahiran Muizz -Part 3-

tapi kannnnnn......

sebenar bukaan dah buka 9cm... bila doktor datang tengok, kepala baby dah keluar... nurse yang dok monitor ibu dari mula, kena marah teruk dengan doktor.. time tue ibu push sekuat hati.. push,push.. tak keluar keluar jugak.. memang susah nak keluar muizz ni.. dah hampir 15 minit, datang dua orang nurse yang agak otai.. tolong ibu tolak baby dari perut.. tolak punya tolak, satu saat ibu memang dah minta untuk di belah tapi kena sound dengan doktor.. " awak tak boleh belah.. kepala baby dah keluar separuh ni.. push sekuat hati.."

ibu push.. tapi kali ni bersuara.. nurse marah sebab jangan bersuara sebab nanti tenaga habis..( dah habis tenaga pun time ni..) tapi nurse tue kena marah lagi.. " biar kan dia.. awak x nmpk bila die push keluar suara kepala baby dah keluar sikit?".. ibu push second time dengan keluar kan suara.. dan.. Alhamdullillah.. muizz keluar dengan selamat nya...

dengan penat nya time tue ibu ketepi kan kaki sebab excited nak tengok muizz.. agak kebiruan sikit muizz time tue... tapi tengok memang semangat..patut laa time preggy tue sakit kaki,.. bila doktor dah potong tali pusat ,muizz diberi dekat ibu.. time tue kan ...seroooonoookk sangat.. muizz keluar tak menanggis cuma ekk sikit..dapat laa pegang muizz dlm 10 minit.. lepas tu nurse ambil nak lap muizz.. time tue laa doktor buat ape yg patut.. dah tak rasa ape dah.. sebab rasa lega sangat baby dah keluar.. jangan tak tahu.. muizz lahir jew dah di ajar menderma.. ape die?? derma darah tali pusat.. nanti kita cerita entry lain keyh..

2 jam jugak ibu duduk dalam labor room tue..lepas tue pindah ke wad.. dan... bermula kehidupan sebagai seorang ibu... Seronok kau...haha... jom layan gambar muizz 'Fresh From Oven'...


26 june 2012
3.49kg
1.09am

Wednesday 26 December 2012

Mangsa keadaan..

kesian muizz.. jadi mangsa keadaan mak chik dan mak uda nya...
Seronok laa die duduk rumah nenek..
sebab ramai yang melayan..
hari hari datang pun berebut berebut dorg nak dukung...
kadang kadang tue sampai nangis muizz..
huhu... untung laa muizz....
jom layan gambar...

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



satu gambar jew cukup..

Tuesday 25 December 2012

Bila muizz merajuk..

muizz.... bila dah merajuk ... macam nieh laa gaya nya...
ibu panggil akan buat donno jew..
die pikir hensem sgt laa merajuk gitu...



















ni masa kat rumah nenek nya.. merajuk laa konon nieh.. sebab tak bawak jalan2.. ayah keje,ibu cuti..so, pergi rumah nenek.. "ibu cuti pun nak g rumah nenek..dah laa work pun duduk rumah nenek..bosan laa ibu..."









haa.. ni kemarin.. merajuk kena paksa tidur.. asyik merengek jew.. 
suruh tido.. last last tunjuk perasaan meniarap dlm buaian tue.. bila panggil, buat donno jugak.. 
panggil nama pun buat tak tahu jugak..
 bila ibu sibuk sibuk nak amek gambar, baru paling muka..
gila camera rupa nya muizz.. ikut jejak siapa laa eh..

Monday 24 December 2012

macam macam hal laa muizz nieh..

muizz start hisap ibu jari kaki masa umur 3 bulan setengah lagi..
dalam kete pun jadik...
















sebenar nya ayah muizz pun teringin nak bagi muizz adik tp ibu belum ready lagi.. bukan ibu xmo.. tapi kalau muizz ni byk hal nya, macam mane nak ade adik?? muiz, muizz.. tunggu muizz pandai bawak diri baru ade adik eh.. ayah sabo eh.. kalau ade rezeki datang tetiba,ibu memang tak menolak...hehe.. v(*_*)




Sunday 23 December 2012

solid food???

ok.. minggu depan muizz dah nk masuk 6 bulan.. ibu kena get ready dengan makanan muizz.. ni tengah dok sibuk buat research resepi sedap sedap utk muizz..

kalau mummy2 ada resepi yg best best utk muizz, boleh laa kongsi yea..

ape yea...???
kentang??
bubur nasi?? 
carrot??
epal???

adui...blender dah beli.. 



xpelaa..hari selasa ni cuti.. boleh try buat kentang..
huhu...

Saturday 22 December 2012

alahai cik kak nurse...

Semalam hari cuti ibu dan ayah... kate ibu, ibu banyak hal semalam.. salah satu nya ibu nak ke klinik kesihatan.. tujuan ibu nak tutup buku sebab nak sambung kat klinik panel.. masa ibu sampai kat klinik tue memang x ramai org dah.. mungkin sebab  dah pukul 1130 am time tue.. ramai yang dah balik.. ibu jumpa sorg nurse kat kaunter ni..

ibu : kak,saya nak tutup buku sebab nak sambung kat klinik panel..
Nurse : tunggu kejap eh.. saya pegi carik buku awk kat dlm..
Ibu : duduk sambil tunggu nurse tu cari buku
Nurse : MUHAMMAD IZZ!!! awak nak sambung klinik swasta kan...*sambil tulis something kat buku*.. Org byk duit..check up kt klinik swasta laa kannnnn...*buat muka x puas hati..
Ibu : Saya sambung kt klinik panel kak.. bukan saya yg bayar..company yang bayar kak...
Nurse : diam sambil cover2 malu..


ayoo... mesti malu kan nurse tue... dah laa pengetahuan rendah.. awal2 lagi ibu dah bagitau klinik panel.. agak agak kan nurse tue tau tak klinik panel tue ape?? ok..bagi siapa yang x tahu.. muizz boleh explain secara pendek.. klinik panel tue klinik yang ditanggung oleh company yang berdaftar  dengan mana mana agen untuk kemudahan perubatan staff yg tengah sakit... kalau nak lebih detail, sila google..

ibu bukan berlagak nak pegi klinik panel.. dah nama panel,mesti free kan..sebab ibu nak sambung pegi panel sebab...
=>  ibu dan ayah x payah ambil cuti untuk bawak muizz pegi check up.. pergi hari sabtu pun boleh..
=>  ibu dan ayah x payah nak tunggu hampir 3jam kat klinik untuk check up..
=>  blh minta appt bila2 nak.. kalau klinik kesihatan, kena ikut masa dorg plak.. ok..free.. saya faham!!

5s terpapang besar kat situ tapi nape kak2 nurse tue tak praktik kan eh?? kena hantar g kursus lagi nieh...

Friday 21 December 2012

Thursday 20 December 2012

Pengalaman Kelahiran Muizz -Part 2-

ok.. kite sambung balik...

sampai je kat hospital.. doktor check da buka 3 cm.. sakit time tue boleh tahan lagi laa.. doktor nasihat kan suruh jejalan kat luar.. ayah temaman ibu jalan jalan... jalan kejap, stop sebab sakit.. pastu jalan balik.. selepas 2 jam, doktor panggil balik suruh check bukaan.. time nie agak keliru sikit.. sampai 2 doktor yg check.. doktor 1st check kate still 3 cm jugak tapi ibu bising kat doktor.. takkan dari tadi buka 3 cm jugak kot.. dah penat asyik jalan jew ni.. 2nd doktor check kate dah buka 5 cm.. haih..memain plak doktor ni.. tau ke idok check ni??

Doktor minta tunggu dulu sebab labour room penuh.. dan.... ward pun penuh..  adeh.. rase nak baring jew time tue sebab ibu dah letih sangat duduk.. pukul 7 pm baru nurse panggil suruh masuk ward.. masuk ward dpt laa relax kejap.. ibu masuk second class ward sebab company cover.. ok.. xlama pun masuk ward sebab ibu dah dok terjerit jerit kat doktor sebab sakit sangat x boleh nak tahan dah.. kecoh laa kejap.. doktor datang check bukaan... erm.. dah terbuka 9cm kata nya tapi air ketuban belum pecah lagi..

doktor tue cuba tanya labour room tapi penuh gak.. last last die suggest suruh bersalin kat situ gak.. what?? ibu cakap xnk.. bersalin kat situ dengan ada lagi 5 org pesakit dok dengar kite nak teran?? ape punya teruk kan?? akhirnya ibu kena tolak pergi labour room jugak.. kat sana kena check jugak tapi yang hampeh nya doktor kat situ macam konfius jew bukaan nya.. ada kate baru 5 cm, ade kate 4 cm.. ada kata 7 cm.. tp yang x boleh blah ada sorg nurse ni blh dok ckp.. pesakit ni baru buka 3 cm nape bawak masuk sini?? x rase sakit hati ko?? aku dah sakit segala bagai ni boleh ko ckp gitu?? Nasib baik ko jauh kalau ko kat sebelah jew dah lama aku pekik kat ko kan.. eh..terkasar bahasa plak.. sorry ibu ter'emo' jap..hehehe..

lepas sorang2 doktor datang melawat.. ada sorg doktor ni datang check kata air ketuban tak pecah lagi dan...... dia x bagi pecah kan air ketuban tapi...... ibu berdegil nak suruh doktor tue pecahkan jugak.. bila air ketuban dah pecah, ibu rasa asyik nak teran jew tapi nurse tue tak bagi teran.. cmne nak bagi tak teran kan sebab rasa tue natural.. tak boleh tahan tahan dah... banyak kali jugak ibu teran.. nurse dok bising bising x bagi teran sebab bukaan belum buka 9 @ 10 cm lagi... tapi......ok.. sambung lagi.. part 3 yea...BYE!!!

Wednesday 19 December 2012

Contact..

Nak bertanya??  nak order?? boleh..boleh...
Email kan segala soalan kat...

myda2011@yahoo.com

Beli Barang Baby.. Mari!! Mari!!!

hai mummy sekalian... hari ni muizz de terbuka blog sorg mummy ni.. dia ada jual barang-barang baby secara    borong.. terasa nak join laa sambil muizz membantu mummy Umaira ni membeli...huhu..

Jom kita start bisnes.. erm.. muizz nak start kecik kecik dulu.. kalau memberangsankan muizz akan jual lagi banyak produk... muizz nak tolong ayah.. ayah pun buat bisnes jugak tapi baru nak mula jugak.. bisnes ape?? tue bisnes org laki.. ibu cakap x minat nak join..

haaa.. membebel plak muizz nie... jom kite skodeng2 barang baby kat blog mummy Umaira...







byk lagi.. rajin2 blh melawat blog mummy Umaira yea...



p/s : tunggu 1st produk saya yea... bye!!!

Tuesday 18 December 2012

3D Scan....

TaaaDaaa...

Ini dia..muizz masa dalam perut...

























eh...nape nak kena scroll byk2 kali nieh??

*Gedik tol laa...*









 sejak dalam perut da nmpk muka tue ikut ayahnya...


<3  nak tau kat mane ibu buat 3D scan?? kena buat appt kat sini dulu.. dulu ibu buat RM100.. dekat SS2 Petaling Jaya..

Thursday 13 December 2012

Mutiara hati


Nak Adik?? Huh??

Ok... Muizz.. satu progress yg amat cemerlang sekali..

....

.....

.........


............
nyum..nyum..nyummy


Sape cakap die nak adik.. Meh cini... tenyeh dgn cili nak?? harharhar...

Wednesday 12 December 2012

Pengalaman Kelahiran Muizz -Part 1-



Setiap mummy yang kat luar sana mesti ada pengalaman bersalin sendiri kan.. sama lah dengan ibu.. Alhamdulillah, pada keawalan ibu mengandungkan muizz tiada apa-apa masalah.. Morning sickness pun tiada.. Mengidam pun benda-benda yang senang ayah nak cari.. Cuma kenaikan berat badan yang mendadak jew.. Bayangkan dari 45kg before pregnant after 9 bulan ibu mencecah 65kg.. dan after bersalin dalam lingkungan 50kg – 54kg..

Masa ibu dijangkakan hendak bersalin adalah seminggu dari tarikh kelahiran muizz.. Ibu pun ambil cuti awal seminggu untuk rehat di rumah dan prepare untuk masa bersalin.. Sehari sebelum tue (25 Jun) ada planning dengan ayah nak celebrate birthday ibu kat mana tapi pagi itu masa subuh ibu ada rasa construction sikit-sikit.. sakitnya.. makin lama makin kerap.. nak cuba tido tapi tak boleh.. ayah ada Tanya kenapa.. ibu jawab sakit perut macam sengugut… Pagi tue ibu suruh jugak pergi kerja macam biasa.. yela takut-takut bukan nak bersalin lagi kew, kang rugi pulak cuti ayah.. just lepak kat rumah sambil berpesbuk..

Makin lama makin sakit.. memang xtahan tapi cuba tahan kan jugak… atas nasihat seorang kawan dekat pesbuk iaitu seorang doctor, dia menasihatkan agar ibu pergi ke hospital juga sebab tanda-tanda hendak bersalin itu sudah ada.. lagi pun agak bahaya masa itu sebab ibu seorang diri di rumah.. ibu cuba call nenek.. kebetulan time tue nenek sudah habis meniaga.. apa lagi kaw-kaw laa ibu kena marah dengan nenek.. nenek kelam kabut dating rumah dan ajak ibu pergi hospital.. masa ibu nak mandi ada lendir seperti darah keluar.. Apakah?? Kali ni ibu betul-betul cuak dan rasa memang betul dah nak bersalin ni..

Selesai siap untuk ke hospital, ibu call ayah suruh balik bawak ibu pegi hospital… nenek sampai dengan tokngah.. ayah pun sampai gak.. dalam kereta memang nenek asyik membebel jew.. nenek ada call oyang (moyang) , oyang marah sebab lambat bawak pegi hospital.. takut-takut dah buka besar sangat… sampai kat hospital..jeng..jeng… continue part 2 yea.. 

Monday 10 December 2012

keguguran

salam hari sabtu..muahaha..xsempat nak publish

first dulu story nak cerita sebelum muizz dalam perut ketika dulu..ini adalah kandungan ibu yang ke-2..kenapa kedua?? sebab pernah keguguran sebelum nie.. time tue umur kandungan baru 8 minggu.. punca tak tahu kenapa... ini lah orang kata, tak jaga diri, makan dan minum.. period agak lambat time tue.. tapi si ayah kata tak bagi check mungkin sebab memang lewat period kata nya.. tapi dah sebulan lewat, ibu berkeras nak beli pregnancy test jugak.. akhirnya beli jugak dan jeng..jeng.. ibu preggy!! pergi klinik nak comfrim balik tapi bila tunjuk gambar pregnancy test tu kat doktor, doktor cakap x payah test.. memang comfrim pregnant laa tue.. tapi ibu ada sakit sakit belakang dan sakit perut macam nak sengugut.. tanya kat doktor sebab apa..doktor dengan confident nya bagitau..memang macam tu..kalau ada pendarahan tu memang normal..

esok nya siap boleh jalan jalan lagi pergi jusco.. malam tu boleh pergi pasar malam lagi.. si ayah perasan yang muka ibu pucat je.. mungkin orang mengandung macam tu kot..balik dari pasar malam time nak mandi ibu perasan de blood spot kat pantie.. bgitau si ayah dan teringat cakap doktor semalam.. itu normal.. tapi rase sakit belakang dan sakit perut makin menjadi jadi..

nak jadi kan cerita malam esok nya darah semakin banyak keluar.. sakit belakang,sakit perut jangan cakap lah.. memang sakit..hati memang dah tak berapa nak best time tue.. ibu cuba nak best kan hati dan nak kurangkan rasa sakit tue dengan main game tapi hampeh gak...  tak boleh nak fokus jugak.. last last pergi tandas sebab terasa macam nak membuang.. tapi benda lain yang keluar...

sedih sangat..terlalu dengar cakap doktor yang tak bape nak pakar tue..hilang seorang yang menjadi harapan ibu dan ayah.. xpela.. tunggu ibu dan ayah kat pintu syurga yea nak...

so, kepada mummy2 kat luar sana kalau kalau dah ready nak ada baby, kena laa jaga makan minum.. jangan lasak lasak...

Friday 7 December 2012

pengenalan

assalamualaikum..

Nama saya Muizz.. ibu dan ayah panggil Muizz..Nama penuh.. ermmm..tak payah laa kiter nak bagitau..nanti bagitau eh.. lahir 26 jun 2012..sehari lewat dari birthday ibu..baru nak jinak jinak dengan blog.. kalau ada apa apa salah minta tunjuk ajar yea..bye..