Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Order DI sini!!!

Name:
Alamat
No H/P
Code/Item & kuantiti
others

Create a web form here

Wednesday 12 December 2012

Pengalaman Kelahiran Muizz -Part 1-



Setiap mummy yang kat luar sana mesti ada pengalaman bersalin sendiri kan.. sama lah dengan ibu.. Alhamdulillah, pada keawalan ibu mengandungkan muizz tiada apa-apa masalah.. Morning sickness pun tiada.. Mengidam pun benda-benda yang senang ayah nak cari.. Cuma kenaikan berat badan yang mendadak jew.. Bayangkan dari 45kg before pregnant after 9 bulan ibu mencecah 65kg.. dan after bersalin dalam lingkungan 50kg – 54kg..

Masa ibu dijangkakan hendak bersalin adalah seminggu dari tarikh kelahiran muizz.. Ibu pun ambil cuti awal seminggu untuk rehat di rumah dan prepare untuk masa bersalin.. Sehari sebelum tue (25 Jun) ada planning dengan ayah nak celebrate birthday ibu kat mana tapi pagi itu masa subuh ibu ada rasa construction sikit-sikit.. sakitnya.. makin lama makin kerap.. nak cuba tido tapi tak boleh.. ayah ada Tanya kenapa.. ibu jawab sakit perut macam sengugut… Pagi tue ibu suruh jugak pergi kerja macam biasa.. yela takut-takut bukan nak bersalin lagi kew, kang rugi pulak cuti ayah.. just lepak kat rumah sambil berpesbuk..

Makin lama makin sakit.. memang xtahan tapi cuba tahan kan jugak… atas nasihat seorang kawan dekat pesbuk iaitu seorang doctor, dia menasihatkan agar ibu pergi ke hospital juga sebab tanda-tanda hendak bersalin itu sudah ada.. lagi pun agak bahaya masa itu sebab ibu seorang diri di rumah.. ibu cuba call nenek.. kebetulan time tue nenek sudah habis meniaga.. apa lagi kaw-kaw laa ibu kena marah dengan nenek.. nenek kelam kabut dating rumah dan ajak ibu pergi hospital.. masa ibu nak mandi ada lendir seperti darah keluar.. Apakah?? Kali ni ibu betul-betul cuak dan rasa memang betul dah nak bersalin ni..

Selesai siap untuk ke hospital, ibu call ayah suruh balik bawak ibu pegi hospital… nenek sampai dengan tokngah.. ayah pun sampai gak.. dalam kereta memang nenek asyik membebel jew.. nenek ada call oyang (moyang) , oyang marah sebab lambat bawak pegi hospital.. takut-takut dah buka besar sangat… sampai kat hospital..jeng..jeng… continue part 2 yea.. 

No comments:

Post a Comment